Bren Esports mengumumkan barisan pemain baru mereka

Bren Esports adalah salah sebuah pasukan yang kuat di dalam arena kompetitif Mobile Legends. 

Mereka berjaya muncul juara MPL PH musim ke-6 dan seterusnya melayakkan diri ke Kejohanan Dunia Mobile Legends M2.

Bren Esports terus melakar sejarah apabila mereka berjaya muncul juara M2 tidak beberapa lama kemudian.

Walau bagaimanapun, prestasi mereka mulai menurun apabila menjelang musim kelapan MPL PH. Mereka gagal tembus ke playoff dan menyebabkan Karltzy membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan itu dan mencari pengalaman di pasukan Echo.

Kini, Bren Esports tampil dengan pemain baru dan bersiap sedia untuk musim ke-9. Mereka adalah Joy Boy, Super Marco, Saxa, Pandora, Stown dan juga Jowm.

Adakah barisan pemain baru ini dapat membantu Bren Esports menjadi pasukan yang akan menguasai Land of Dawn kembali? Kita bakal saksikan.

Foto: Bren Esports

RELATED NEWS

+