Riot Games sudah mendedahkan jadual acara Valorant Masters Berlin yang akan berlangsung minggu depan pada 10 September. "> Riot Games sudah mendedahkan jadual acara Valorant Masters Berlin yang akan berlangsung minggu depan pada 10 September. " /> Riot Games sudah mendedahkan jadual acara Valorant Masters Berlin yang akan berlangsung minggu depan pada 10 September. " />

BREN Esports tak dapat sertai VCT Berlin sebab masalah visa, Riot Games ubah jadual

Riot Games sudah mendedahkan jadual acara Valorant Masters Berlin yang akan berlangsung minggu depan pada 10 September.

Acara ini akan berlangsung sehingga 19 September. Jadual rasmi untuk keseluruhan acara kini sudah tersedia. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit perubahan terhadap format kejohanan itu.

Oleh disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, pasukan Filipina, Bren Esports, tidak dapat hadir ke Berlin atas sebab visa yang tidak sempat diluluskan.

Demi meneruskan VCT, Riot Games mengubah format Kumpulan D, iaitu kumpulan yang Bren Esports sepatutnya akan bertanding, kepada format Double Round Robin, dan dua pasukan teratas dalam Kumpulan D akan mara ke peringkat penyingkiran.

Jadual VCT Berlin 2021 adalah seperti berikut:

Hari Pertama – 10 September

  • B2: KRU Esports vs ZETA Division
  • C1: Gambit Esports vs Crazy Racoon
  • D1: F4Q vs G2

Hari Kedua – 11 September

  • B1: Envy vs Vivo Keyd
  • A1: Vision Strikers vs Paper Rex
  • C2: 100 Thieves vs Havan Liberty

Hari Ketiga – 12 September

  • D2: Sentinels vs G2
  • A2: SuperMassive Blaze vs Acend
  • Pemenang C1 vs C2

Hari Keempat – 13 September

  • B3: Pemenang B1 vs B2
  • A3: Pemenang A1 vs A2
  • D3: F4Q vs Sentinels

Hari Kelima – 14 September

  • D4: F4Q vs G2 
  • B4: Kalah B1 vs B2
  • C4: Kalah C1 vs C2

Hari Keenam – 15 September

  • A4: Kalah A1 vs A2
  • D5: G2 vs Sentinels
  • B5: Kalah B3 vs B4

Hari Ketujuh – 16 September

  • A5: Kalah A3 vs A4
  • C5: Kalah C3 vs C4
  • D6: Sentinels vs F4Q

Hari Kelapan – 17 September

Peringkat Suku Akhir

Hari Kesembilan – 18 September

Peringkat Separuh Akhir

Hari Kesepuluh – 19 September

Peringkat Akhir

Pemenang VCT Masters Berlin akan mendapat tempat di VALORANT Champions, manakala pasukan yang lain akan menerima:

  • Tempat ke-2 – 375 mata 
  • Tempat ke-3 hingga ke-4 – 325 mata
  • Tempat ke-5 hingga  ke-8 – 275 mata
  • Tempat ke-9 hingga ke-12 – 225 mata
  • Tempat ke-13 hingga ke-16- 175 mata

BREN Esports juga akan menerima 175 mata walaupun tidak dapat bertanding. Pasukan ini juga akan diberikan hadiah wang yang diperoleh kerana layak ke Stage 3 Masters.

Anda boleh menonton siaran langsung VCT Masters Berlin melalui pautan di bawah

Twitch: LINK

YouTube: LINK

RELATED NEWS

+