BTR masih mempunyai peluang ke PMGC

Baru-baru ini kita digemparkan dengan pasukan Genesis Dogma muncul juara PMPL Indonesia musim keempat serta mendapat slot ke Asia Tenggara dan Kejohanan Dunia PUBG Mobile, PMGC.

Manakala pasukan BTR gagal mendapatkan slot itu kerana mereka tidak bermain di super weekend kedua peringkat liga. Ini menyebabkan pasukan GD dapat mengejar mata mereka dan terus menduduki tempat pertama.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Bigetron Esports (@bigetronesports)

Selain itu, slot ke Asia Tenggara berjaya didapatkan pasukan BTR selepas mereka berjaya melakukan comeback pada minggu akhir peringkat akhir PMPL ID musim keempat.

Oleh itu, pasukan BTR masih lagi mempunyai peluang untuk menyertai GD ke PMGC, mereka perlu menjadi juara atau mendapatkan tempat ketiga teratas sewaktu peringkat akhir Asia Tenggara.

20 pasukan akan bertarung di kejohanan Asia Tenggara PUBG Mobile untuk merebut slot ke PMGC serta gelaran juara. Pertandingan ini masih belum didedahkan tarikhnya namun ia mungkin akan diadakan pada bulan November ini.

Sementara itu, pasukan Axis Redone berjaya meloloskan diri ke peringkat Asia Tenggara selepas mereka berjaya menjuarai PMPL MY/SG musim keempat.

RELATED NEWS

+