Kita yakin bahawa ramai peminat Rockstar Games bersedia untuk syarikat itu mengumumkan Grand Theft Auto 6. Namun, terdapat juga ura-ura yang mengatakan permainan itu akan mengecewakan.
Peminat GTA sudah menunggu hampir 10 tahun untuk pengumuman Grand Theft Auto 6, manakala mereka yang ingin melihat Bully 2 menunggu selama 16 tahun untuk sambungan permainan itu. Walau bagaimanapun, nampaknya ada kemungkinan pengumuman Bully 2 akhirnya akan berlaku dalam masa terdekat.
Pentiris terkenal Tom Henderson, yang kebanyakannya terkenal kerana meniriskan maklumat tentang Battlefield dan Call of Duty, mendakwa bahawa Bully 2 ‘dijangka’ sebagai pengumuman mengejut untuk The Game Awards 2021.
Bully 2 was expected as a potential surprise reveal at #TheGameAwards last week after some people have been shown some material alluding to a reveal soon.
Information is a bit blurry at the moment, and I have to be quite vague here, but if I hear more I will report on it. pic.twitter.com/OF53pU5Y8C
— Tom Henderson (@_Tom_Henderson_) December 13, 2021
Henderson berkata bahawa ‘sesetengah orang’ pernah melihat permainan Bully 2 dan ini menunjukkan pendedahan untuk permainan itu mungkin akan datang tidak lama lagi. Dalam kicauan susulan, Henderson terus mengatakan bahawa terdapat beberapa individu yang pernah melihat versi permainan yang boleh dimainkan.
Some people saw a “Playable version” just a couple of weeks prior to TGA (not the canned version).
Like I said – Information is blurry atm. But I thought it was worth reporting on as there’s something definitely “going on” to do with the series.
— Tom Henderson (@_Tom_Henderson_) December 13, 2021
Tirisan Henderson boleh dikatakan dipercayai oleh ramai peminat kerana banyak daripadanya tirisannya ternyata benar. Henderson dapat meneka pelbagai tirisan Call of Duty: Vanguarad serta Battlefield 2042 dengan betul.
Perlu ditegaskan bahawa Henderson tidak memberikan sebarang bukti konkrit untuk menyokong dakwaan ini, dan begitu juga dengan khabar angin lain, peminat harus mengambil maklumat ini dengan berhati-hati.
Tetapi, Henderson bukanlah satu-satunya orang besar industri yang bercakap tentang Bully 2, jadi ada kemungkinan bahawa ada sesuatu yang benar-benar berlaku untuk permainan ini.
Walau apa pun, peminat harus mengawal jangkaan mereka dan mengelak daripada menaruh harapan sehingga mereka melihat pengumuman Bully 2 agar tidak mengecewakan diri sendiri.
Sumber rujukan: Comicbook