Buru pempengaruh kegemaran anda di Codashop Bounty Hunter Guild!

Codashop akan menganjurkan sebuah acara eksklusif kolaborasi bersama pempengaruh daripada lima buah negara iaitu Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand dan India melalui acara, Codashop Bounty Hunters Guild!

Melalui acara ini, 50 pempengaruh dari lima negara ini akan stream dan hos pelbagai sesi selama tiga minggu untuk para pemain memburu mereka. 

Manakala, para pemain juga boleh membentuk sebuah Guild antara satu sama lain untuk memburu para pempengaruh ini dan berpeluang memenangi lebih 4,000 battle pass.

Senarai penuh Most Wanted Influencer oleh Codashop akan diumumkan pada 18 Oktober di mana ia akan melibatkan para selebriti tempatan termasuk pempengaruh seperti Daddy Hood, Cherizawa, Ffroody, MinORu dan 8bit MAMBA.

Mereka ini juga akan dilengkapkan dengan skin eksklusif dan disembunyikan di dalam sesi dalam permainan seperti Free Fire, PUBG Mobile, Call of Duty: Mobile, Mobile Legends: Bang Bang, Ragnarok X, Battleground Mobile India dan VALORANT.

Untuk menjadi pemburu, pemain perlu bertahan di dalam permainan, jejaki para pempengaruh ini dan dapatkan tangkap layar (screenshot) skin atau senjata rare ini. Setiap tangkap layar itu boleh dihantarkan di SINI

“Kami bersemangat untuk membawakan permainan tahap baru buat pengguna,” kata Henry Huang, Pengarah Jenama Global.

Di samping, para pemain yang bertuah juga berpeluang untuk menjadi pempengaruh dengan menyertai The Grand Challenge.

Seorang pemain bertuah daripada setiap negara akan berpeluang untuk mengambil alih peranan sebagai seorang selebriti and berpeluang merasai pengalaman bermain di media sosial.

“Streamer dan pasukan e-sukan sangat diraikan di dalam permainan. Ramai pengguna kami sangat bercita-cita tinggi dan memerlukan usaha, kemahiran dan tuah yang banyak. Dengan pengalaman ini, kami mengharap untuk memberi mereka peluang untuk mereka pamerkan minat dan menjadi pemula kejayaan mereka pada masa akan datang.” kata Huang.

Bagi mereka yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai acara Codashop Bounty Hunters Guild dan The Grand Challenge, sila layari laman Codashop di SINI.

TAGS

RELATED NEWS

+