“Cabaran lepas kahwin, kena pandai bahagi masa untuk banyak perkara,” – Ciku

Pemain Todak MLBB, Danial Fuad atau Ciku baru sahaja menamatkan zaman bujangnya dan berkahwin dengan insan pilihannya. Apabila sudah bergelar suami orang, pasti akan ada perubahan di dalam kehidupan yang dialami oleh Ciku.

Kami dari pihak MyGameOn sempat menemu bual Ciku dan bertanyakan tentang pengalamannya selepas berkahwin. 

“Cabaran saya adalah saya harus bahagikan masa antara latihan, scrim, jam streaming dan juga aktiviti lain. Walaubagaimanapun, saya akan mencari masa untuk meluangkan masa bersama isteri tercinta,” katanya ketika dihubungi.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Ditanya tentang sokongan yang diperoleh dari isteri untuk meneruskan kerjaya sebagai pemain profesional, Ciku berkata isterinya sentiasa memberikan sokongan yang tidak henti kepada dirinya dan pasukan.

“Alhamdulillah, pasangan saya faham pekerjaan saya. Sebelum kami berkahwin lagi dia sudah memberikan sokongan sepenuhnya sehingga sekarang.

“Prestasi Rival sekarang semakin bagus, untuk masa hadapan nanti kita hanya menunggu dan saksikannya,” jawab Ciku tentang prestasi Rival yang terkini.

Menjadi pemain profesional, setiap pemain pasti mempunyai hobi di sampaing bermain MLBB. Begitu juga dengan Ciku, dia akan meluangkan masanya untuk menonton filem bersama isteri tercinta.

Ditanya tentang pasukan yang paling kuat Todak pernah lawan sepanjang pasukan ini ditubuhkan, Ciku berkata untuk MPL MY, masih Team SMG manakala di peringkat antarabangsa adalah RRQ. 

“Kalau MPL MY, saya rasa pasukan SMG kerana mereka mempunyai pemain dan juga jurulatih yang berpengalaman. Manakala di peringkat antarabangsa, saya rasa RRQ sebab mereka melengkapi antara satu sama lain.

“Walaupun sering bertukar jurulatih, mereka tetap konsisten dan kuat di peringkat liga dan juga antarabangsa,” ujar Ciku.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+