Selepas mencatatkan fenomena tersendiri dalam masa kurang 24 jam, akhirnya Call of Duty: Warzone menerima jumlah pemain yang luar biasa, 15 juta orang kurang dari seminggu dilancarkan.
We crossed 15 million players earlier today, thank you #Warzone fans. #FreeCallofDuty pic.twitter.com/6Xw7MyFk2C
— Call of Duty (@CallofDuty) March 14, 2020
COD: Warzone adalah permainan video Battle Royale yang diterbitkan oleh Activision dan dibangunkan oleh Infinity Ward dan Raven Software.
Ia mengumpulkan 150 pemain dalam satu perlawanan epik di bandar Verdansk. Berbeza dengan rata-rata battle royale lain, hanya tiga pemain ditempatkan dalam satu pasukan.
Warzone sudah boleh dimainkan di PC, Xbox One dan PlayStation 4.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.