baru sahaja diumumkan kepada peminat siri Monster Hunter pada minggu lalu. Namun, Capcom hanya mengacah dengan menunjukkan kawasan terbaru serta naga yang tidak ternama itu. Capcom juga tidak menunjukkan apa-apa tarikh pelancaran untuk Sunbreak."> baru sahaja diumumkan kepada peminat siri Monster Hunter pada minggu lalu. Namun, Capcom hanya mengacah dengan menunjukkan kawasan terbaru serta naga yang tidak ternama itu. Capcom juga tidak menunjukkan apa-apa tarikh pelancaran untuk Sunbreak." /> baru sahaja diumumkan kepada peminat siri Monster Hunter pada minggu lalu. Namun, Capcom hanya mengacah dengan menunjukkan kawasan terbaru serta naga yang tidak ternama itu. Capcom juga tidak menunjukkan apa-apa tarikh pelancaran untuk Sunbreak." />

Capcom akan dedahkan lagi tentang Monster Hunter Rise Sunbreak pada malam ini

Monster Hunter Rise Sunbreak baru sahaja diumumkan kepada peminat siri Monster Hunter pada minggu lalu. Namun, Capcom hanya mengacah dengan menunjukkan kawasan terbaru serta naga yang tidak ternama itu. Capcom juga tidak menunjukkan apa-apa tarikh pelancaran untuk Sunbreak.

Malam ini, Capcom akan mendedahkan lagi kemas kini yang bakal datang untuk Monster Hunter Rise serta mendedahkan serba sedikit tentang MHR Sunbreak. Tidak dilupakan juga kepada permainan sampingan siri ini Monster Hunter Stories 2: Wings of Ruin.

Livestream ini akan berlangsung pada jam 9PM (GMT+8), 30 September, iaitu malam ini.

 

Pada pendapat kami, kami jangkakan Capcom akan mendedahkan jalanpeta untuk kosmetik seterusnya di Rise.

Namun, kita mungkin akan melihat lokasi baru yang diperkenalkan di Sunbreak serta pekan Hunter baru. Capcom juga mungkin akan memperkenalkan naga yang dilihat di video trailer Sunbreak. Untuk Stories 2 pula, dijangkakan Capcom akan menyelit Monsties baru yang akan ditayangkan malam ini.

RELATED NEWS

+