Twitch kini boleh dimuat turun di Switch

Pengguna Nintendo Switch kini boleh menonton kandungan daripada Twitch secara terus di peranti berkenaan selepas Twitch mengumumkan aplikasinya kini tiba secara rasmi di eShop. 

Twitch boleh dimuat turun secara percuma melalui eShop.

Namun, kekurangan aplikasi ini, ia tidak didatangkan dengan fungsi untuk melakukan siaran langsung, selain ia tidak memaparkan ruang sembang sama ada dalam keadaan dipegang atau diletakkan di dok.

Ketibaan aplikasi Twitch ini juga lewat berbanding konsol lain seperti PlayStation dan Xbox, meskipun aplikasi YouTube dan Hulu sudah tersedia di Switch sejak beberapa lalu. 

Apa-apa pun ketibaan Twitch di Switch ini memberikan sedikit kegembiraan buat pengguna konsol itu.

Sumber: Dexerto, Eurogamer.

RELATED NEWS

+