Monster Hunter Rise adalah permainan terkini dari siri Monster Hunter. Dilancarkan secara ekslusif di pelantar Nintendo Switch pada bulan Mac tahun ini, Monster Hunter Rise diterima dengan baik oleh peminat serta pengkritik kerana kadar permainan yang lancar dan pantas berbanding permainan sebelumnya dalam siri ini iaitu, Monster Hunter Generations Ultimate.
Namun, pujian itu terhenti apabila pemain sampai ke penamat Rise kerana ia dikatakan kandungan ‘endgame’ tidak seluas Monster Hunter World: Iceborne.
Jangan bimbang wahai peminat Monster Hunter, Capcom baru sahaja mengacah sambungan kepada Monster Hunter Rise seakan-akan Iceborne, iaitu Monster Hunter Rise Sunbreak.
Hos Nintendo Direct itu, Yoshiaki Koizumi, menyatakan bahawa akan sambungan expansion ini amat besar. Ia terdapat kisah baru, kawasan baru serta Monster baru untuk pemain meneroka.
Antara yang dilihat dalam video trailer itu adalah seekor Elder Dragon yang kami agak adalah ‘flagship monster’ untuk Sunbreak. Namanya belum diketahui, tetapi kami jangkakan yang pemain akan melawan naga ini di sebuah kota lama seperti permainan Monster Hunter yang klasik di mana pemain berusaha menumpaskan Gog Mazios serta Fatalis dalam sebuah kota lama.
Monster Hunter Rise Sunbreak akan tiba di Nintendo Switch dan PC sekitar bulan Jun hingga September 2022.