Animasi pendek kolaborasi Street Fighter 6 dan Spy x Family Code: White kejutkan peminat

Street Fighter 6 dan Spy x Family bakal adakan kolaborasi bersama.

Spy x Family Code: White adalah filem anime aksi perisik komedi yang akan ditayangkan pada 22 Disember ini.

Capcom tidak asing lagi dengan kolaborasi permainan video lain dan kini anime juga termasuk dalam senarai.

Spy x Family vs. Street Fighter 6 animation 3 out of 3 image gallery

Video animasi 1 min dikeluarkan oleh Wit Studio juga menjadi tarikan ramai orang.

Video itu menunjukkan Yor Forger berlawan dengan Chun-Li di pentas Nayshall.

Kolaborasi ini akan bermula 9 Januari tahun hadapan dengan beberapa item edisi terhad dari Spy X Family Code: White.

Setakat ini, Capcom masih belum mengumumkan item yang akan ada sempena kolaborasi ini.

Berkemungkinan besar Chun-Li bakal mendapat skin Yor.

RELATED NEWS

+