Capcom Akan Menyertakan Mod The 4th Survivor & The Tofu Survivor Dalam Resident Evil 2

Kalau korang habis ataupun sudah pun sampai time limit 30 minit untuk Resident Evil 2 1 Shot Demo, mesti korang perasan satu trailer khas yang memperkenalkan beberapa karakter ikonik korang pernah tengok dulu.

Ya, Hunk yang dikenali sebagai mercenary bertopeng kini kembali dan beliau kekal misteri hingga kini. Tofu, karakter rahsia yang berada dalam Resident Evil 2 asal juga boleh dimainkan. Tapi korang hanya boleh menggunakan pisau saja.

Setakat mana demo ini dimainkan, ia masih menjadi misteri. Korang boleh sambung usha trailer di bawah untuk dapatkan gambaran HUNK dan Tofu.

Resident Evil 2 1-Shot Demo dikeluarkan pada minggu lalu dan memberikan masa selama 30 minit untuk peminat meneroka balai polis Raccoon City sebagai Leon Kennedy sambil menyelesaikan misi dalam masa begitu singkat. 

RELATED NEWS

+