Lebih 160,000 pemain kembali bermain Monster Hunter: World

Permainan video paling banyak terjual Monster Hunter: World mendapat popularitinya kembali seelepas beberapa tahun menyepi.

Ramai peminat Monster Hunter: World kembali bermain permainan ini selepas Capcom mengumumkan pelancaran Monster Hunter: Wilds pada tahun hadapan.

Menurut Steamcharts, lebih 160,000 jumlah pemain kembali bermain Monster Hunter: World.

Kenaikkan ini juga disebabkan ramai orang tidak sabar dengan MH: Wilds baharu nanti.

Ditambah pula dengan kempen yang dibuat oleh Monster Hunter iaitu #ReturntoWorld.

Monster Hunter: World juga selalu membuat potongan harga sehingga 67% untuk menarik lebih ramai orang mencuba permainan ini di PC.

Pengumuman berita terbaru Monster Hunter dari Ryozo Tsujimoto juga menjadi antara penyebab ramai kembali bermain Monster Hunter: World.

Tambahan lagi streamer terkenal, Asmongold juga baru-baru ini mula bermain Monster Hunter: World dan DLC Iceborne.

Asmongold mempunyai lebih 2.32 juta pengikut di YouTube dan 3.5 juta pengikut di Twitch.

Dia juga antara punca kenapa ramai orang bermain Final Fantasy 14.

Hal ini membuatkan lebih ramai orang berminat untuk mencuba permainan ini.

Nampaknya, Monster Hunter walaupun sudah keluar selama 6 tahun tapi masih mempunyai ramai pemain dan sentiasa mendapat lebih ramai pemain baharu.

Buat yang berminat untuk bermain Monster Hunter: World, anda dinasihatkan untuk mengajak kawan-kawan dan menunggu potongan harga yang selalunya akan dibuat untuk permainan ini.

RELATED NEWS

+