Capcom Berminat Jika Ninja Theory Membangunkan DmC: Devil May Cry 2

Bagi sesiapa yang tak mengikuti dengan lanjut perkembangan francais Devil May Cry, korang mungkin akan terkeliru.

Ia kerana pelancaran DmC: Devil May Cry pada 2013 yang juga reboot kepada siri itu. Projek di bawah kelolaan Ninja Theory itu mendapat kritikan positif tapi juga dihambur kontroversi. Bagaimanapun, Capcom tetap juga berminat untuk menyaksikan DmC: Devil May Cry 2 menjadi kenyataan tapi hanya kalau Ninja Theory yang kembali membangunkannya.

Selain DmC, Ninja Theory cemerlang dengan Hellblade: Senua’s Sacrifice dan mereka menerima pengiktirafan dari pelbagai pihak. Sekarang, Ninja Theory dibeli oleh Microsoft dan ia mungkin menyukarkan proses itu.

Dalam temuramah bersama feed4gamers, Produser Capcom, Matt Walker berkata “Dari perspektif kami, sudah tentu kami ingin bekerjasama dengan Ninja Theory sekali lagi untuk sekuel DmC, tapi malangnya tak mungkin berlaku.

“Kami ingin melihat sekuel tapi ia perlu dibangunkan oleh Ninja Theory – kerana mereka mempunyai stail dan idea tersendiri membuatkan game itu unik. Tanpa Ninja Theory, DmC tak mungkin menjadi,”

Pasti menarik jika Microsoft ingin bekerjasama dengan Capcom untuk masa depan DmC. Malangnya, ia mungkin akan jadi hak eksklusif untuk Xbox dan PC saja dan Capcom tidak ingin perkara itu berlaku.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+