Capcom Mendedahkan Trailer Terbaru Untuk Resident Evil 2 Yang Akan Dilancarkan Esok

Dah tiba masanya guys!

Esok, Resident Evil 2 akan dilancarkan secara rasmi di seluruh dunia dan juga pasaran Malaysia. Untuk korang yang dah pra-tempah, bersedialah untuk main esok! 

Sebelum itu, Capcom mengacah trailer, memasukkan semua watak yang dikenali seperti William Birkin, Sherry Birkin, Claire, Leon dan Ada Wong ke dalamnya. Selain itu, Hunk juga ditunjukkan dengan sepintas lalu dalam video ini.

Baca lanjut: Capcom akan menyertakan mod The 4th Survivor dan The Tofu Survivor

Resident Evil 2 adalah remake dari versi asal pada tahun 1998 dan menampilkan pelbagai pembaharuan antaranya sudut pandang dari bahu, RE Engine yang menaik taraf grafik menjadi lebih realistik, mod tambahan dan macam-macam lagi.

RELATED NEWS

+