Capcom Mengacah Peminat Dengan Karakter Baru Street Fighter V – Cody Travers

Capcom hari ini mengumumkan introduction trailer untuk Cody ketika acara Combo Breaker 2018, menampakkan wajah baru dengan title beliau iaitu Datuk Bandar Metro City.

Ini adalah trailer rasmi untuk karakter baru dalam Street Fighter V: Arcade Edition ini:

Ini pula trailer ketika acara Combo Breaker 2018:

Capcom juga mengacah peminat pada 26 Mei sebelum ini bagi ketibaan Cody dalam permainan itu.

Gambar ini juga menunjukkan Cody mengenakan kostum lamanya sebagai Datuk Bandar.

Street Fighter V: Arcade Edition dikeluarkan di PlayStation 4 dan PC. Cody boleh didapati dalam DLC dan sebahagian dari Season 3 Character Pass bermula 26 Jun nanti.

Sumber: Siliconera

RELATED NEWS

+