Cari roamer baru ke tu Kuja?

Jurulatih Team Caracal, Ajwad Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Kuja sedang mencari roamer baru untuk Team Caracal.

Menerusi story Instagramnya semalam, Kuja sedang mencari pemain roamer/flex yang ingin bermain di arena kompetitif MLBB sebagai pemain profesional untuk Team Caracal.

Tambahan pula, Kuja juga menyatakan sekiranya ada pemain profesional dari organisasi lain nak mengintai-intai pun boleh.

Sebelum ini, Jamil Nurolla atau lebih dikenali sebagai Zaraki adalah roamer buat pasukan Team Caracal. Tetapi disebabkan sebab-sebab yang tidak diketahui, Neo yang pada asalnya seorang exp laner mengisi posisi Zaraki dan bermain sebagai seorang roamer.

Aim pun turut sempat bermain di posisi roamer pada pusingan playoff MPL musim ke-9.

Team Caracal berjaya mencapai sasaran mereka iaitu menjadi empat pasukan terbaik pada MPL musim ke-9.

Adakah kita akan melihat wajah-wajah baru bermain sebagai roamer untuk Team Caracal pada MPL musim hadapan? Atau adakah kita akan melihat roamer dari pasukan lain akan bersama-sama Team Caracal? Sama-sama kita nantikan.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+