Pasukan ‘Underrated’ di MPL MY S12 menurut Syed Adeen

Artikel ini ditulis oleh Syed Adeen, Pengulas MPL Malaysia

MPL Malaysia kini sudah ke peringkat pertengahan liga dan kita boleh saksikan pelbagai kejutan yang berlaku.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

“Kita lihat bagaimana SRG (Selangor Red Giants) dan Team SMG (Still Moving Under Gunfire) masih mendominasi liga dengan menempatkan diri mereka di tangga pertama dan kedua.

“Namun, berita kurang baik untuk Todak kerana bekas juara MPL MY ke-11 itu kini berada di tangga 6-8 dengan hanya enam mata terkumpul selepas empat perlawan dipertarungkan. Tetapi dua pasukan harus kita beri perhatian kerana peningkatan prestasi mereka yang cukup positif dan mampu berikan saingan yang hebat.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

“Yang pertama, adalah pasukan MPXNSEA, mewakili Negeri Sembilan bersama Ultras “The Niners” kini berkongsi mata dengan Todak dan Lunatix iaitu sebanyak 6 mata.

“Walaupun pasukan in tiada pemain import tetapi mereka masih mampu bersaing rapat dengan kesemua pasukan di MPL MY dan membuktikan bahawa Malaysia masih mempunyai pemain tempatan yang berkualiti tinggi.

“Rising Star mereka iaitu Xavvs tampak lebih selesa dan kemas dari segi corak permainannya. lni adalah musim kedua untuknya tetapi ada peningkatan yang cukup ketara daripada pemain yang berasal dari Sabah ini.

“Namun, pujian yang lebih tinggi harus saya berikan kerada ‘player-coach’ mereka iaitu Pozan yang turut menampilkan drafting serta rotasi yang cemerlang buat pasukan MPXNSEA. Kini dibantu oleh penganalisis Fixzo, barisan jurulatih MPXNSEA nampak lebih teratur kalau ingin dibandingkan daripada minggu pertama MPLMY ke-12 ini.

“Sejujurnya, jikalau prestasi MPXNSEA ini dikekalkan tidak mustahil untuk mereka menempah slot Playoffs untuk musim kali ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

“Kedua adalah pasukan Lunatix. Walaupun musim mereka dimulakan dengan drama dimana mengakibatkan mereka terpaksa bermain tanpa pemain import Myanmar mereka, Lunatix menunjukkan sedikit peningkatan daripada sudut drafting mereka.

“Sebelum in mereka tiada jurulatih untuk dibawa naik atas pentas, namun sekarang mereka mempunyai Dany sebagai jurulatih mereka untuk melaksanakan drafting dan juga rotasi.

“Bukan itu sahaja, dengan kemasukaan Hito di sudut ‘goldlane’ membenarkan Deto untuk bermain di ‘midlane’ lalu menyebabkan kesemua pemain Lunatix bermain di posisi sebenar mereka. Hasilya adalah corak permainan Lunatix lebih teratur, lebih tajam dan lebih lancar setiap gerak geri mereka.

Perubahan drastik di kedudukan terkini pasti akan berlaku tetapi adakah ia akan berlaku seperti tanggapan orang ramai ataupun sekali lagi kita akan rasai kejutan hangat? Ayuh sama-sama kita saksikan MPL MY musim ke-12 minggu keempat!

RELATED NEWS

+