Barisan pemain serta staf kejurulatihan Madness Esports keluar

Selepas kemelut yang melanda pasukan Madness Esports semasa musim ke-11 Liga Profesional MLBB (MPL MY), akhirnya barisan pemain serta staf kejurulatihan pasukan itu mengumumkan bahawa mereka akan keluar daripada Madness Esports.

Di dalam satu ciapan Instagram Story yang dibuat oleh jurulatih, Mynt di mana dia mengucapkan selamat tinggal kepada organisasi itu. 

“Selamat tinggal Madness. Terima kasih untuk memori yang buruk,” kata Mynt.

Isu ini timbul selepas Madness Esports tidak membayar gaji serta tidak mendapat apa yang dijanjikan di dalam kontrak yang ditandatangani ahli pasukan itu.

Pada minggu terakhir MPL MY musim ke-11, mereka ‘membuka cerita’ mengenai isu ini secara terbuka.

@mygameondotmy Kenyataan @D’ace dan @MAD Mynt. 🇲🇾 tentang masalah dilanda Madness Esports #mpl #mplmy #mplmys11 #inigayakita #revoluxi #fyp #kakigaming #mygameon #madnessesports ♬ Dj London Bridge Funkot – DJ Oneng

Selepas itu, pihak MPL MY mengambil keputusan untuk membeku duit kemenangan organisasi itu dan pihak MPL MY akan menyalurkan duit kemenangan kepada pemain.

Masih tiada berita mengenai hala tuju para pemain serta staf kejurulatihan itu.

Khabar angin menyatakan bahawa terdapat beberapa organisasi e-sukan yang besar serta kelab bola sepak di Malaysia yang mahukan khidmat mereka untuk bertanding di MPL MY musim ke-12.

Foto: @mplmy.official

RELATED NEWS

+