Akhirnya permainan video popular Yu-Gi-Oh! Master Duel kini boleh dimainkan dan dimuat turun di iOS dan Android di Malaysia.
Yu-Gi-Oh! Master Duel banyak mengejutkan ramai orang di konsol dan PC bulan lepas dan mendapat sambutan yang sangat baik.
Boleh dikatakan Yu-Gi-Oh! Master Duel sangat mesra pengguna F2P dengan syarat anda menjaga gems ada dan hanya menyentuh deck kegemaran anda.
Permainan ini juga adalah rentas pelantar dan anda boleh menggunakan akaun anda di mana-mana pelantar yang anda mahu.
Kini anda boleh bermain dimana-mana sahaja dari PC ke mudah alih.
Kali ini dengan 10,000 kad, acara baru dan pertandingan dengan format berbeza juga akan datang.
Yu-Gi-Oh! Master Duel juga menjadi antara permainan video percuma ketiga paling banyak dimain di Steam sejak pelancaranya.
Jangan lupa muat turun Yu-Gi-Oh! Master Duel di iOS dan Android.