melaksanakan had jam permainan untuk kanak-kanak berumur bawah 18 tahun, China juga membangunkan sebuah lawan sesawang untuk orang ramai melaporkan permainan atau syarikat permainan yang tidak patuh pada larangan itu."> melaksanakan had jam permainan untuk kanak-kanak berumur bawah 18 tahun, China juga membangunkan sebuah lawan sesawang untuk orang ramai melaporkan permainan atau syarikat permainan yang tidak patuh pada larangan itu." /> melaksanakan had jam permainan untuk kanak-kanak berumur bawah 18 tahun, China juga membangunkan sebuah lawan sesawang untuk orang ramai melaporkan permainan atau syarikat permainan yang tidak patuh pada larangan itu." />

China mengenakan peraturan mengenai permainan dan strim untuk kanak-kanak

China sedang lincah mengetatkan peraturan permainan terhadap kanak-kanak. Selain daripada melaksanakan had jam permainan untuk kanak-kanak berumur bawah 18 tahun, China juga membangunkan sebuah lawan sesawang untuk orang ramai melaporkan permainan atau syarikat permainan yang tidak patuh pada larangan itu

Kini, China memperkenalkan peraturan baru yang akan memberi impak kepada streamer serta belia yang beraspirasi menjadi pemain e-sukan.

Langkah ini diumumkan dalam garis panduan nasional 10 tahun yang baru diterbitkan mengenai perkembangan kanak-kanak. Ini dapat memberi tekanan pada syarikat, seperti Tencent Holdings dan ByteDance.

Diterbitkan pada hari Isnin oleh Majlis Mesyuarat Negara China, garis panduan itu mengatakan bahawa pengendali yang menyediakan perkhidmatan dalam talian, termasuk streaming, permainan, streaming audio dan video dan rangkaian sosial, serta harus mengehadkan masa dan wang yang dibelanjakan oleh kanak-kanak di bawah umur. Pengendali juga dilarang membiarkan remaja berusia di bawah 16 tahun mendaftar sebagai streamer.

Untuk mengurus bagaimana kanak-kanak di bawah umur bermain permainan, Beijing juga merancang untuk menerapkan sistem pengesahan identiti elektronik bersatu di seluruh negara.

Ia juga akan mengkaji kandungan, mengehadkan masa permainan, mengklasifikasikan permainan demi melindungi maklumat dan privasi anak-anak. Negara itu juga menangguhkan kelulusan sementara untuk semua permainan dalam talian baru dalam usaha untuk mengekang ketagihan permainan dalam kalangan orang muda.

TAGS

RELATED NEWS

+