China mempertingkatkan usaha anti ketagihan permainan, kini buat syarikat permainan

Selepas melaksanakan had jam permainan bagi pemain di bawah umur 18 tahun, kerajaan China melalui National Press and Publication Administration (NPPA) kali ini melancarkan percubaan satu laman sesawang untuk orang ramai melaporkan permainan atau syarikat permainan yang tidak patuh pada larangan itu. 

Melalui laman sesawang itu, setiap pengguna yang ingin melaporkan hal ini perlu menyertakan ID dan nombor telefon bimbit mereka.

Antara perkara-perkara yang boleh dilaporkan ialah sama ada syarikat itu patuh keperluan pendaftaran nama sebenar bagi semua pemain, sama ada permainan atas talian mengenakan had masa buat pemain bawah 18 tahun dan sama ada syarikat mengambil langkah untuk menghalang pembelian berlebihan.

Sebelum ini, kerajaan China melaksanakan had masa bermain dan had pembelian dalam permainan buat mereka yang di bawah 18 tahun. Langkah yang dilaksanakan ini dikatakan untuk mengelakkan ketagihan pada permainan bagi pemain bawah umur.

Bahkan, beberapa permainan menyertakan pengimbas wajah bagi mengenalpasti identiti pemain.

Sumber: AFK Gaming

RELATED NEWS

+