Media di China mohon hentikan had bermain permainan video

Syarikat suratkhabar di China kini membuat laporan bahawa had untuk bermain permainan video sebaliknya menambah masalah baru dan memohon kerajaan China untuk menghentikannya.

Petikan dari Reuters memberitahu berita di dalam suratkhabar menyenaraikan masalah baru dan mengapa kanak-kanak bawah umur 18 masih boleh bermain permainan video online tanpa had.

“Di beberapa laman sesawang trading, terdapat ramai orang mendapat wang dengan penyewaan akaun supaya ramai kanak-kanak boleh melepasi had bermain,”

“Ada juga yang menjual akaun mereka,” tulis petikan itu.

Artikel itu berpendapat masih terdapat banyak jalan keluar untuk anak muda bermain tanpa had dan memerlukan perhatian.

Ibu bapa dan pihak sekolah juga dimohon untuk membantu dalam had bermain permainan video ini dari menggunakan akaun ibu bapa mereka.

TAGS

RELATED NEWS

+