China tidak sertai APAC VCT Last Chance Qualifier, ZETA DIVISION tarik diri

Pihak Riot di dalam pengumuman mereka pada 24 September baru-baru ini mengumumkan pasukan China tidak akan sertai APAC VCT Last Chance Qualifier, berikutan isu logistik dan bagi mengelakkan isu integriti pada keseluruhan kejohanan. 

Turut diumumkan, pasukan Jepun, ZETA DIVISION memutuskan untuk tarik diri daripada kejohanan APAC VCT Last Chance Qualifier dan slot mereka akan diisi oleh pasukan Northeption. 

Oleh hal yang demikian, dua slot pasukan China akan diisi oleh pasukan dari wilayah lain iaitu Korea dan Jepun. 

Berikut ialah peruntukan baru untuk pasukan bagi setiap wilayah.

  • Asia Tenggara – 3
  • Korea – 3
  • Jepun – 3
  • Asia Selatan – 1

Slot bagi kejohanan ini diberikan kepada pasukan yang berjaya mengumpul mata Circuit sepanjang kejohanan yang berlangsung tahun ini, dan masih belum layak untuk sertai Champions 2021. 

China sebelum ini tidak sertai langsung kesemua kejohanan VALORANT Champions Tour pada tahun ini, dan sepatutnya membuat kemunculan pertama melalui VCT Last Chance Qualifier ini. 

Untuk informasi yang lebih lanjut mengenai kejohanan ini, sila layari laman sesawang VALORANT Esports.

Sumber: Dot Esports, VALORANT.

RELATED NEWS

+