“Ciku rehat musim ini,” – Ikuto Radzi

Berikutan pendedahan barisan pemain baru MPL MY musim ke-9 oleh pasukan Todak sebentar tadi, ada ura-ura mengatakan Ciku akan rehat untuk musim kali ini.

Kami dari pihak MyGameOn sempat menemubual Ikuto Radzi selaku wakil Todak. Menurutnya, pemain jungler itu sendiri meminta untuk rehat.

“Buat masa sekarang, Ciku minta direhatkan dari tarikh yang masih belum ditentukan. Kami menghormati keputusan dia, kerana Ciku sudah mewakili pasukan Todak dan Malaysia beberapa kali tanpa henti sebelum ini,” ujar beliau.

“Ciku akan tetap kekal sebagai pemain Todak sekarang ini dan tempoh dia rehat berapa lama itu adalah rahsia,” tambahnya.

Berdasarkan kenyataan ini, Ajiq atau 4Meyz akan menjadi jungler untuk pasukan Todak di MPL MY kali ini. Siapakah yang anda rasa bakal menggantikan tempat ciku sebagai jungler? Kita bakal saksikan.

MPL MY akan bermula pada 18 Februari ini di mana musim liganya akan menyaksikan 10 pasukan bertanding.

RELATED NEWS

+