Cloud9 Blue juara NA LCQ, layak ke VALORANT Champions

Kejohanan kelayakan VALORANT Champions, Last Chance Qualifier Amerika Utara sudah berakhir dengan menyaksikan pasukan Cloud9 Blue menumpaskan pasukan Rise di pusingan akhir, semalam.

Perlawanan mereka melalui perlawanan lima terbaik (BO5) menyaksikan Cloud9 Blue menguasai permainan dengan 3-0 ke atas Rise, di tiga peta iaitu Breeze, Split dan Bind.

Cloud9 Blue akan bersama Envy dan Sentinel sebagai wakil zon Amerika Utara bagi kejohanan dunia VALORANT Champions 2021 yang akan berlangsung pada Disember ini. 

Sumber: Dot Esports.

RELATED NEWS

+