COD Mobile: Garena Regional Qualifier

COD Mobile World Championship 2021 kini bakal berlangsung selepas ditangguhkan pada edisi tahun lalu. Kejohanan menawarkan pemenang gelaran World Champions dengan hadiah terkumpul RM8.4 juta!

Bagi melengkapi kejohanan ini, pihak Garena juga menganjurkan COD Mobile Garena Regional Qualifier 2021 termasuk bagi rantau Asia Tenggara yang akan bermula pada 7 Oktober ini. 

COD Mobile Regional Qualifier 2021 SEA akan menampilkan 12 pasukan daripada negara berbeza di Asia Tenggara, di mana pemenang bagi kejohanan peringkat wilayah ini akan mewakili Asia Tenggara di World Championship kelak, selain menjadi pasukan terbaik di rantau ini.

Sumber: Facebook Garena COD Mobile

12 pasukan ini dibahagikan kepada dua kumpulan selepas proses undian dilakukan pada 24 September baru-baru ini. Pusingan Kumpulan akan ditentukan melalui lima terbaik (BO5) untuk menentukan pasukan yang layak ke Playoffs.

Buat masa ini, format untuk Playoffs masih belum diumumkan. 

Kumpulan A: 

  • Sharper Esports (Thailand)
  • ALMIGHTY (Singapura)
  • Rimo Sedawa (Indonesia)
  • Omega Esports (Filipina)
  • Raptor.DNS (Taiwan)
  • Yoodo RSG (Malaysia)

Kumpulan B

  • Blacklist Ultimate (Filipina)
  • AFN Gaming (Taiwan)
  • SEM9 (Malaysia)
  • WDC.FREESLOT (Thailand)
  • M42 Esports (Singapura)
  • DG Esports (Indonesia)

Bagi anda yang ingin menyaksikan kejohanan ini, anda boleh saksikan di saluran YouTube atau Facebook Garena COD Mobile.

Sumber: AFK Gaming

RELATED NEWS

+