Artikel ini ditulis oleh Firas Aliyan Idris
Pasukan Geek Fam tampil meneraju kedudukan terkini hari pertama Grand Final Siri Cabaran Free Fire musim kedua. Pada aksi semalam, pasukan Geek Fam berjaya meraih Booyah pertama pada peta keempat Alpine dengan 10 mata singkir.
Sehubungan itu, walaupun pasukan itu hanya mencatatkan satu Booyah tetapi aksi konsisten ditampilkan wajar diberikan kredit kerana berjaya mengutip 108 mata keseluruhan.
Dalam pada itu, pasukan itu diekori rapat pasukan Anxiety (104 mata) dan Axis Esports (99 mata).
Anxiety masih mendahului koleksi Booyah dengan dua kali setakat ini manakala Axis Esports dengan satu Booyah.
Satu tamparan hebat buat pasukan-pasukan pilihan kerana pasukan yang kurang bernasib baik di peringkat liga seakan-akan melakukan kebangkitan pada Grand Final kali ini.
Pando EWG, WatchnLearn, Bloody Head dan Farang masing-masing juga memperoleh Booyah pada aksi petang tadi.
Hari kedua Grand Final Siri Cabaran Free Fire S2 akan menjadi medan akhir pasukan-pasukan bersaing bagi mencabar kejuaraan pada edisi kali ini.
Siri Cabaran Free Fire musim kedua ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM133,000 (USD 30,000) ini akan berlangsung pada hari ini, jam 1PM secara langsung di Facebok dan Youtube Garena Free Fire Malaysia.