Cari rekrut baharu, SEM9 akan kembali ke arena e-sukan Free Fire?

Artikel ini ditulis oleh Firas Aliyan Idris

Organisasi e-sukan tempatan, SEM9 berhasrat ingin kembali ke arena e-sukan Free Fire melalui satu status yang dimuat naik di media sosial Facebook dan Instagram.

Dalam status yang dimuatnaik baru-baru ini, memaparkan satu pencarian bakat baharu yang dibuka oleh SEM9 bagi membentuk pasukan Free Fire.

Pemilihan terbuka kepada pasukan Malaysia sahaja dan had umur minima pemain adalah 16 tahun ke atas. 

Organisasi itu meletakkan syarat seperti pernah layak ke peringkat liga mana-mana kejohanan Major rasmi Garena Free Fire.

Tambahan lagi, SEM9 tampak serius dalam pemilihan kali ini apabila ingin memberi keutamaan kepada pasukan yang berpengalaman dalam kejohanan Major.

SEM9 sebelum ini pernah menandatangani sebuah pasukan Free Fire tempatan, Autoknockout pada Jun 2021. Namun jodoh tidak kekal lama selepas tiga pemain pasukan itu dikenakan ban setahun oleh Garena Free Fire yang berakhir Ogos 2022. 

Oleh kerana hal itu, pihak SEM9 memutuskan untuk membatalkan kontrak semua pemain pasukan selepas siasatan tamat.

Kini, organisasi itu ingin kembali ke kancah e-sukan Free Fire dan mungkin muncul di Kejohanan Major MCP pada September. 

RELATED NEWS

+