Control Adalah IP Terbaru Remedy, Pencipta Alan Wake dan Quantum Break

Akhirnya projek P7 yang diacah oleh pencipta Alan Wake dan Quantum Break (Remedy) kini didedahkan di persidangan Sony di E3 2018. 

Dinamakan Control, ia akan hadir ke PlayStation 4, PC dan Xbox One pada tahun depan. Dalam trailer terbaru, Control mempunyai gameplay agak sama seperti Quantum Break, protagonisnya kini wanita yang boleh mengawal masa, membaling objek menggunakan telekinesis dalam dunia pancaroba yang sangat mengelirukan.

Jesse Faden akan dikawal oleh pemain dan mencabar mereka menggunakan kombinasi supernatural, mengawal persekitaran sementara berdepan dengan musuh-musuh dalam dunia misteri yang dicipta Remedy.

Control diterbitkan oleh 505 Games dan dianggap sebagai Quantum Break 2 oleh sesetengah peminat. Lagipun, ramai mendambakan Alan Wake 2 sebenarnya. Tsk tsk, kecewa.

Sumber: Gamespot

 

RELATED NEWS

+