Cow Play Cow Moo dibuka di Lot 10, Kuala Lumpur – pusat arked dan hiburan keluarga yang best!

Cow Play Cow Moo, sebuah pusat arked terbesar di Singapura kini dibuka untuk cawangan di Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur!

Pusat hiburan keluarga dan arked ini mempunyai daya tarikan tersendiri sesuai untuk pelbagai lapisan umur. Ia mempunyai sistem ganjaran ‘Bermain untuk mendapatkan Hadiah’ sekali gus menggalakkan anda mendapatkan skor tertinggi untuk kumpul barangan berlesen dan kad koleksi.

Antara barangan berlesen adalah yang eksklusif dari jenama ikonik seperti Disney (Mikey Mouse, Winnie the Pooh, Disney Princesses), Sanrio (Hello Kitty, My Melody, Cinnamoroll, Kuromi, Little Twin Stars), Pokemon, Lego dan banyak lagi. Terdapat juga koleksi edisi khas berlesen yang boleh didapatkan.

Pusat arked ini mempunyai 100 mesin arked seperti mesin penekan wang syiling, mesin cakar, mesin bola keranjang, mesin bowling dan juga shooter.

Kad Koleksi juga boleh didapatkan di mesin terpilih di mana ada mata ganjaran berharga untuk pemain menebusnya. Anda boleh mendapatkan kad keahlian untuk promosi dan ganjaran eksklusif, kemudian isikannya dengan kredit. 

Nic Lye, Pengarah Cow Play Cow Moo Malaysia, berkongsi keseronokannya dengan berkata, “Kami teruja untuk memperkenalkan Cow Play Cow Moo ke Malaysia. Pemilihan lokasi utama Bukit Bintang membolehkan kami membawakan keluarga dan rakan bersama-sama untuk menikmati pengalaman permainan yang menggembirakan.

“Kami berhasrat untuk mencipta pengalaman yang penuh keseronokan yang mana orang ramai boleh melupakan telefon dan rutin mereka untuk mencuba dan menghayati pelbagai pilihan permainan arked,” katanya.

Cow Play Cow Moo terus menyemarakkan dunia arked dan pada masa sama, nantikan perancangannya untuk membuka dua lagi cawangan di Kuala Lumpur tahun ini, sekali gus memastikan bahawa rakyat Malaysia mempunyai lebih banyak peluang untuk menikmati keseronokan dan kegembiraan pengalaman arked yang serba unik di Cow Play Cow Moo.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web mereka ini. 

RELATED NEWS

+