Madness Esports tewas ditangan Kemboja di Kelayakan IESF

Selepas menewaskan Brunei dengan skor 2-0, Malaysia gagal membawa rentak yang sama ketika menentang Kemboja dan tewas dengan skor 2-1.

Madness Esports yang mewakili Malaysia berjumpa dengan Burn X Flash yang mewakili Kemboja di kelayakan kejohanan International Esports Federation (IESF) zon Asia Tenggara.

Pada perlawanan pertama, Wan Wan yang dimainkan Fury mengganas selepas berjaya mencatat 12 Kill tanpa kematian.

Malaysia gagal mengekang barisan hero yang keras seperti Fredrinn, Yu Zhong dan Franco.

Pada perlawanan kedua, pasukan Malaysia bangkit dan berjaya menyamakan kedudukan selepas bermain selama 20 minit.

Karrie dan Diggie yang digunakan Xavvsz dan Mali berjaya menunjukkan persembahan yang baik dan menutup Fury yang bermain Melissa.

Namun pada perlawanan penentuan, strategi yang sering digunakan Madness Esport iaitu Baxia jungle gagal membawa kemenangan untuk skuad negara.

Kali ini, pilihan Kemboja yang menggunakan Karrie dan berjaya mengalahkan draft yang mempunyai tiga hero kebal iaitu Baxia, Martis dan Lolita.

Dengan kemenangan tersebut, Kemboja akan mengiringi Filipina ke kelayakan Kejohanan IESF zon Asia + Oceania.

RELATED NEWS

+