CS:GO: MBT.Baeters Dan Orange.Sphynx Akan Bertembung Esok Dalam Kejohanan Zowie Divina

Hari ini, kejohanan CS:GO Wanita iaitu Zowie Divina Asia menyaksikan dua pasukan tempatan bermain di perlawanan pembukaan. Mereka bermain peringkat kumpulan menggunakan format Swiss.

Orange Sphynx bertembung dengan skuad Indonesia, Celeste di perlawanan pertama dan hasilnya? Mereka berjaya mematahkan kemaraan Garuda itu dengan skor 2-0 (16-13 di Vertigo dan 16- 10 di Dust II). 

Bagi MBT.Baeters pula, keadaan sedikit sukar namun tiada frasa mustahil apabila mereka berjaya menewaskan skuad Mongolia, XOP dengan memenangi dua daripada tiga peta yang dipertandingkan (Dust II, Train dan Mirage).

Kemenangan ini bermakna Orange Sphynx akan bertembung dengan MBT.Baeters bagi menentukan siapa layak ke playoffs. Jika salah satu pasukan tewas, mereka akan bermain di pusingan lower bracket sebelum layak ke playoffs.

Korang boleh saksikan perlawanan esok bermula jam 10 pagi di https://www.twitch.tv/ZOWIEDIVINA.

Orange Sphynx mendapat jemputan terus ke kejohanan peringkat Asia ini yang akan berakhir pada 23 Jun di Shanghai, China. MBT.Baeters pula melepasi pusingan kelayakan Asia Tenggara tak lama dulu.

Daripada kejohanan utama ini, dua pasukan teratas akan layak ke Dreamhack Showdown pada 5 Julai – 7 Julai di Valencia, Sepanyol yang menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM400,000.

Wakil yang layak akan bertanding bersama pasukan CS:GO wanita yang terbaik di dunia.

Gambar featured image: MBT.Baeters

RELATED NEWS

+