Cubaan yang baik Malaysia..

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Semalam acara solo PUBG Mobile sudahpun melabuhkan tirainya dengan pasukan tuan rumah berjaya memenangi pingat emas diikuti negara Indonesia di tempat kedua dan Thailand di tempat yang ketiga.

Tahniah diucapkan kepada pemain dari Vietnam, Phan Van Dong atau lebih dikenali sebagai ViCoi kerana sudah memenangi pingat emas. Manakala, di tempat kedua adalah Alan Raynold Kumaseh atau lebih dikenali sebagai Alan berjaya membawa pulang pingat perak dan untuk pingat gangsa dimenangi oleh pemain dari Thailand Purin Rongkhankaew atau lebih dikenali sebagai Stoned.

Perbezaan mata di antara ketiga-tiga atlet itu hanyalah dua mata sahaja, ViCoi (104 mata), Alan (102 mata) dan Stoned (100 mata.)

Atlet e-sukan kita untuk acara PUBG Mobile sudah memberikan yang terbaik namun rezeki belum berpihak pada kita untuk acara ini.

Jumper dan Uhigh berjaya menduduki di tempat sepuluh pemain terbaik untuk acara solo ini.

Hari ini akan bermulanya acara berkumpulan untuk PUBG Mobile.

Para peminat PUBG Mobile tanah air teruskan memberi sokongan anda buat dua pasukan Malaysia di sukan SEA Hanoi yang akan memulakan perjuangan mereka dari hari ini hingga 22 Mei ini.

Siaran langsung boleh ditonton di Youtube PUBG Mobile Esports bermula jam 4 petang ini.

Semoga berjaya Geek Fam dan Tabah NSEA!

Foto: Instagram PUBG MOBILE

RELATED NEWS

+