Cyberpunk 2077: Night City Wire Episode 5 akan disiarkan pada 20 November

Walaupun pelancaran Cyberpunk 2077 telah ditunda ke 10 Disember ini, CD Projekt RED masih tekun berkongsi maklumat baharu tentang permainan tersebut kepada semua peminat. Studio tersebut akan menyiarkan episod ke-5 Night City Wire pada 20 November ini.

Siaran langsung tersebut akan disiarkan melalui Twitch pada waktu 2AM (waktu Malaysia). Pembentangan kali ini akan memberi fokus terhadap watak Johnny Silverhand yang dilakonkan oleh Keanu Reeves, muzik di Night City, dan banyak lagi.

Pastikan anda tidak terlepas menonton siaran langsung ini. Penulis berharap CD Projekt RED tidak akan mengecewakan para peminat permainan ini sekali lagi dengan menangguhkan pelancarannya lagi selepas ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+