CD Projekt Red beri amaran kepada mereka yang stream Cyberpunk 2077 sebelum pelancaran

Jika anda merupakan salah seorang penerima bertuah salinan awal Cyberpunk 2077, pastikan anda tidak melakukan kesilapan menunjukkan permainan tersebut terlalu awal. CD Projekt Red telah mengeluarkan amaran kepada mereka yang berniat untuk stream permainan tersebut sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

Para pemilik Cyberpunk 2077 hanya dibenarkan menunjukkan permainan tersebut melalui rakaman atau livestream selepas 9 Disember pada waktu 7PM (waktu Malaysia). Rakaman atau livestream yang dikeluarkan sebelum tarikh tersebut akan dipadamkan oleh pihak CD Projekt Red.

Selepas ditangguh pelancarannya berkali-kali, Cyberpunk 2077 akhirnya akan dilancarkan pada 10 Disember ini untuk PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One. Versi PlayStation 5 (PS5) dan  Xbox Series akan dilancarkan pada tahun depan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+