Cyberpunk 2077 kini kembali ke PlayStation Store

Sudah enam bulan Sony membuang Cyberpunk 2077 dari PlayStation Store selepas pelancaran penuh bermasalah. Cyberpunk 2077 kini dikembalikan di PlayStation store untuk dibeli.

Sony pada mulanya membuang Cyberpunk dari kedainya akibat prestasi permainan tersebut yang sangat kurang memuaskan.

Tetapi kali ini Sony juga memberi peringatan bahawa pelantar Ps4 adalah tidak disyorkan atas prestasi Cyberpunk di PS4 yang teruk. CDPR juga mengakui bahawa PS4 Pro dan PS5 sahaja yang merupakan pelantar terbaik untuk bermain Cyberpunk 2077.

Sony juga telah membuat notis yang penting bahawa Cyberpunk 2077 di PS4 adalah tidak disyorkan.

Cyberpunk 2077 boleh dibeli dengan harga RM209.

RELATED NEWS

+