Cyberpunk 2077 merekodkan satu juta pemain serentak di Steam

Permainan video yang sudah dibangunkan selama lapan tahun oleh CD Projekt Red, Cyberpunk 2077 akhirnya dilancarkan hari ini di pelbagai platform termasuk Steam.

Hari ini, Cyberpunk 2077 mencatatkan satu juta pemain serentak di Steam. Rekod itu sebelum ini dipegang oleh Fallout 4 (permainan single-player) dengan hanya 472 ribu pemain pada 2015.

Ini belum lagi masuk platform lain seperti GOG, Epic, Stadia dan di konsol. Angka itu pastinya bertambah.

Setakat ini, PUBG memegang rekod 3.2 juta pemain serentak di Steam pada 13 Januari 2018.

Sumber rujukan: PC Gamer

RELATED NEWS

+