CD Projekt Red baru-baru ini mengeluarkan kenyataan tentang penangguhan kemaskini 1.2 untuk permainan Cyberpunk 2077. Keputusan ini terpaksa dibuat untuk memperbaiki kesan-kesan serangan siber yang dikenakan terhadap studio tersebut pada awal bulan Februari.
While we dearly wanted to deliver Patch 1.2 for Cyberpunk 2077 in the timespan we detailed previously, the recent cyber attack on the studio’s IT infrastructure and extensive scope of the update mean this unfortunately will not happen — we’ll need some additional time. 1/3
— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) February 24, 2021
Pada waktu ini, CD Projekt Red menyasarkan kemaskini 1.2 Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada separuh kedua bulan Mac ini. Mereka menyatakan bahawa skop kemaskini ini melangkaui semua kemaskini sebelum ini.
Serangan siber yang berlaku pada awal bulan ini melibatkan data penting yang disimpan oleh studio tersebut. Menurut nota yang ditinggalkan penggodam, antara data yang telah dicuri adalah kod sumber Cyberpunk 2077, The Witcher 3, dan Gwent.
Important Update pic.twitter.com/PCEuhAJosR
— CD PROJEKT RED (@CDPROJEKTRED) February 9, 2021
CD Projekt Red membuat keputusan untuk tidak berunding dengan penggodam tersebut. Mereka juga menegaskan maklumat pemain dan pengguna perkhidmatan tidak terjejas dalam serangan siber ini.
Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Cyberpunk 2077, pastikan anda mengikuti laman-laman sosial permainan tersebut di Facebook dan Twitter.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.