D4v4i mohon sokongan, permohonan pergi VCT Masters Berlin masih diproses

Khalish “d4v4i” Rusyaidee mohon sokongan dari semua.

D4v4i adalah pemain profesional VALORANT di Malaysia dan juga top-20 SEA Radiant leaderboard.

Baru-baru ini d4v4i sudah berjaya layak untuk pergi ke Berlin menyertai Valorant Champions Tour 2021 bersama pasukannya, Paper Rex. 

Namun terdapat sedikit masalah apabila dokumen perjalanan d4v4i masih belum dapat diproses dan beliau tidak mendapat kebenaran untuk ke luar negara.

Kita berharap agar pihak bertanggungjawab dapat membantu d4v4i  mendapatkan dokumen perjalanan ke VCT Masters Berlin bagi mengharumkan nama negara.

RELATED NEWS

+