D4v4i tiba di Berlin, Jerman, jalani kuarantin lima hari

Pemain profesional VALORANT kelahiran Malaysia, Khalish Rusyaidee atau D4v4i selamat tiba di Berlin, Jerman bagi menyertai kejohanan VALORANT Champions Tour Stage 3 Masters  yang akan berlangsung pada 10 September ini.

Pasukan Paper Rex akan bermain untuk perlawanan pembukaan menentang pasukan Vision Strikers dari Korea. 

Dalam pengumuman sama, D4v4i turut memuat naik hantaran di Instagram yang mengesahkan dirinya sudah selamat tiba di negara Eropah itu. Ketika artikel ini ditulis, sudah 15 jam beliau tiba di Berlin, Jerman.

Semoga D4v4i dan Paper Rex memberikan usaha mereka yang terbaik dan menjadi juara kejohanan VCT Stage 3 Masters di Berlin nanti! Malaysia Boleh!

Paper Rex dianggotai oleh:

  • Aaron Leonhart (Mindfreak)
  • Jason Susanto (f0rsaken)
  • Benedict Tan (Benkai)
  • Khalish Rusyaidee (D4v4i)
  • Zhan Teng Toh (shiba)

RELATED NEWS

+