Daddy Hood tubuhkan Akademi E-Sukan tanah air

Pempengaruh dan streamer tanah air yang cukup popular, DaddyHood kini melancarkan akademi e-sukan permainan peranti mudah alih.

Berita ini diumumkan oleh Daddy Hood di dalam penstriman langsung beliau semalam. Akademi ini akan terbahagi kepada dua divisi iaitu Mobile Legends: Bang Bang dan PUBG Mobile. 

Ini adalah berita yang sangat baik untuk pemain-pemain yang ingin mengasah bakat dan ingin melanjutkan karier sebagai pemain profesional.

Akademi ini terbuka kepada lelaki sahaja oleh kerana mereka akan duduk di warehouse bersama-sama. 

Bagi mereka yang mempunyai prestasi yang konsisten, mereka akan kekal di dalam akademi. Manakala yang tidak konsisten akan dimasukkan ke dalam akademi baru.

Pemain juga akan dibayar gaji dan elaun tetap.

Untuk mereka yang ingin mengikuti perkembangan lanjut, anda boleh mengakses Instagram rasmi akademi ini di @theacademy_my

Foto: Daddy Hood

RELATED NEWS

+