DaddyHood ada perancangan agak besar untuk HomeBois tahun depan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

“Saya akan ambil seorang ketua jurulatih baharu dari luar Malaysia dan Pabz kekalkan jadi pembantu jurulatih,” itu kata-kata Nureddy Nursal (DaddyHood) beberapa hari selepas kekalahan HomeBois di peringkat kumpulan kejohanan dunia MLBB, M5 diadakan di Manila, Filipina.

HomeBois gagal mendapatkan tempat kedua teratas untuk layak ke pusingan knockout lantas tersingkir di tangan TheOhioBrothers.

“Yang lain (unit kejurulatihan) akan pergi samada ke Liga Akademi Malaysia (MAL) atau dipinjamkan ke organisasi lain,” katanya lagi dalam satu video siaran langsung.

Dia juga mengatakan Khairul Azman (Pabz) sudah membuktikan yang terbaik dengan membawa pasukan itu menjadi juara di MPL MY musim ke-12.

Selain itu, Daddy juga mengatakan akan ada dua pemain import jika Raizel (goldlaner) dan Warlord (midlaner) tidak sambung bermain untuk mereka.

“Kami akan cuba dapatkan pemain di tahap tertinggi (tier S),” katanya.

Terdahulu, HB menjuarai MPL MY S12, menamatkan dominasi Todak di liga itu sekali gus mewakili Malaysia bersama Team SMG ke M5.

Namun, kedua-dua pasukan ini terpaksa menamatkan saingan mereka terlebih awal di peringkat kumpulan.

RELATED NEWS

+