Henry Cavill bukan lagi Geralt dalam The Witcher musim keempat

Nampaknya Henry Cavill tidak akan muncul sebagai Geralt of Rivia di The Witcher musim keempat dan digantikan dengan Liam Hemsworth selepas musim ketiga.

“Perjalanan saya sebagai Geralt of Rivia dipenuhi dengan kembara mencabar dan raksasa tapi kali ini saya akan menyimpan ‘pedang’ saya untuk musim keempat. 

“Tempat saya akan digantikan dengan Encik Liam Hemsworth yang akan menyarungkan mantel White Wolf,” katanya.

Liam juga teruja untuk memainkan watak Geralt sebagai peminat The Witcher sendiri. “Henry sangat hebat bermain Geralt dan saya rasa ini satu penghargaan besar untuk menyambung ‘babak’ seterusnya dalam pengembaraannya,” tambahnya.

Musim ketiga Netflix The Witcher akan hadir pada musim panas tahun depan dan yang terakhir untuk Henry Cavill.

Berita ini juga seiring dengan berita Henry kembali sebagai Superman dalam DCEU. 

Artikel ini adalah terjemahan dari IGN. Berita asal dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di SINI.

RELATED NEWS

+