Dave Bautista Bakal Muncul Sebagai Karakter Boleh Dimainkan Dalam Gears 5

Pelakon terkenal sebagai Drax dalam Guardians of the Galaxy dan bintang ahli gusti WWE, Dave Bautista sering mengatakan hasrat untuk bermain sebagai Marcus Fenix dalam filem live-action Gears of War.

Kini, impiannya telah dikecapi kerana Dave bakal hadir ke dalam game terbaru siri Gears of War ini dan pemain boleh main Dave memakai perisai Marcus Fenix dalam mod multiplayer Gears 5.

Meskipun filem Gears of War sedang dibangunkan, ketua The Coalition dan juga pengarah untuk kesemua game Gears, Rod Ferguson berkata Dave telah merakam lebih daripada 700 barisan dialog dalam game ini.

Menurut Rod, Dave akan membawa persona Marcus dengan mendondon perisai Marcus dan dilengkapi dengan elemen The Animal iaitu gelaran terkenal Dave dalam WWE ke dalam prestasi lakonsuara.

Sempena acara WWE Clash of Champions, Microsoft dan WWE Networks berganding bahu untuk menyediakan video di sebalik tabir Dave dan Gears 5 yang akan dilancarkan pada 15 September 2019.

Untuk mendapatkan watak Dave, korang perlu main Gears 5 pada 15 September sehingga 28 Oktober.

Gears 5 akan dilancarkan secara rasmi pada 10 September 2019 di Xbox One dan PC.

Sumber: Xbox

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+