Kebangkitan e-sukan Microsoft Excel – Siap ada pengulas dan penganalisis

Microsoft Excel adalah aplikasi Microsoft untuk pemprosesan data dan maklumat yang sangat hebat tetapi tidak ramai tahu kehebatan sebenar Microsoft Excel.

Boleh dikatakan beberapa kajian besar dibuat hanya menggunakan Microsoft Excel untuk proses data.

Tidak disangka Microsoft Excel juga dapat berubah menjadi sesuatu yang baru iaitu e-sukan.

Pertandingan ini digelar Financial Modeling World Cup (FMWC) dan dijalankan sepenuhnya menggunakan Microsoft Excel dengan jumlah wang terkumpul AS$10,000 atau RM40,000.

FMWC ini terdiri daripada 128 peserta dari serata dunia iaitu Afrika, Asia/Pasifik, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan/Latin.

Apa itu FMWC?

Pertadingan ini adalah untuk semua orang yang mahu berkecimpung di dalam dunia kewangan.

Peserta perlu menyelesaikan masalah kajian kes-kes betul yang pernah berlaku.

Terdapat dua kategori iaitu kategori bawah 25 tahun dan kategori terbuka.

Acara ini sudah berlangsung bermula 4 Disember sehingga 11 Disember lepas. Menarik juga melihat guru-guru terhebat Excel membuat dekonstruksi untuk menyelesaikan perlawanan akhir FMWC Open sudah dimenangi oleh Andrew “NGOAT” Ngai dari Australia.

Jika anda berminat untuk menyelesaikan masalah dan data dari FMWC anda boleh muat turun di kedai rasmi FMWC.

Anda juga boleh berlatih untuk perlawanan tahun hadapan.

Rujukan: PCWorld

RELATED NEWS

+