Rules of Survival akan tutup selama-lamanya..

NeatEase semalam membuat pengumuman permainan video percuma battle royale mereka Rules of Survival (RoS) akan mula hentikan operasi pada 27 Jun ini.

Pengumuman ini dibuat di laman sosial Facebook Rules of Survival dan pemain boleh memohon bayaran balik untuk Diamonds yang tidak digunakan.

“Operasi akan dihentikan bermula 27 Jun dan pemain tidak boleh memasuki mana-mana pelayan Rules of Survival, semua akaun dan data karakter juga akan dibuang.

“Kami memohon maaf dan terima kasih untuk semua sokongan yang diberikan kepada Rules of Survival,” tulis kenyataan itu.

RoS dikeluarkan pada tahun 2018 di PC dan dikeluarkan ke Android dan iOS.

Beberapa tahun lepas RoS pernah menjadi lebih popular dari PUBG Mobile untuk seketika.

RELATED NEWS

+