Demo percuma Iron Harvest boleh dimain dari 17 sehingga 22 Jun ini

Jika anda peminat permainan video real-time strategy (RTS), anda patut memberi perhatian terhadap Iron Harvest. Ia merupakan sebuah permainan video RTS yang menggabungkan estetik pasca Perang Dunia Pertama dengan steampunk.

Sebuah demo percuma untuk judul tersebut boleh dimain dari 17 Jun 1AM sehingga 23 Jun 1AM melalui Steam. Demo ini dilancarkan sempena Steam Game Festival: Summer Edition.

Selain daripada mod skirmish, demo ini juga mempunyai mod multi-pemain di mana anda boleh bermain dengan rakan-rakan anda.

Iron Harvest sedang dibangunkan oleh King Art Games dan diterbitkan oleh Deep Silver. Ia akan dilancarkan sepenuhnya pada 1 September tahun ini. Versi PlayStation 4 (PS4) dan Xbox One akan dilancarkan pada masa depan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+