Demo Final Fantasy VII Remake Dilancarkan, Mainkan Sekarang Di PS4

Antara permainan video yang paling dinanti-nantikan tahun ini ialah Final Fantasy VII Remake (FF7R). Akhirnya, penggemar permainan video seluruh dunia boleh mencubanya.

Square Enix telah melancarkan demo percuma untuk FF7R di PlayStation Store. Ia boleh dimuat turun sekarang untuk konsol PlayStation 4 (PS4).

Demo ini membenarkan pemain untuk menerokai jalan cerita babak pertama FF7R, oleh itu mereka yang tidak pernah main satu pun permainan video Final Fantasy masih boleh memahami jalan ceritanya.

Malangnya, pemain tidak boleh memindahkan rekod permainan (progression) dari demo ini ke versi penuh FF7R. Demo ini bersaiz 7.51GB dan akan mengambil masa sekitar tiga jam untuk dihabiskan.

Kalau anda muat turun demo ini sebelum 11 May 2020, anda akan memperoleh sebuah tema esklusif untuk PS4 anda pada hari pelancaran FF7R.

Final Fantasy VII Remake akan dilancarkan untuk PS4 pada 10 April 2020.

Sumber: Laman Twitter FF7 Remake

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+