Detroit: Become Human Telah Terjual Lebih Daripada 2 Juta Salinan

Detroit: Become Human berjaya melepasi jualan 2 juta salinan sejak dilancarkan pada Mei tahun ini.

Game eksklusif PS4 dibangunkan oleh Quantic Dream membolehkan pemain untuk bermain tiga android yang mempunyai tugas dan perspektif berbeza di bandar Detroit, Amerika Syarikat sekitar tahun 2038.

Pemain harus menyelami kehidupan Connor, Markus dan Kara melalui gameplay berbentuk aksi QTE (quick-time events) yang mana mereka harus menekan butang yang dipaparkan terus di skrin. Setiap keputusan korang lakukan dalam game ini sangat penting kerana ia bakal mencorak permainan korang sehingga ke pengakhiran cerita tanpa ada save langsung. 

Detroit: Become Human menjadi game pertama buatan Quantic Dream paling pantas dijual sehingga 2 juta tak kiralah salinan fizikal atau digital di PS4 dalam jangka masa 5 bulan sahaja berbanding game eksklusif PlayStation mereka sebelum ini.

Heavy Rain dikeluarkan pada 2010 terjual sebanyak 5.3 juta salinan manakala Beyond Two Souls dilancarkan pada 2013 terjual 2.7 juta unit mengikut angka dicatatkan sehingga Disember 2018 menurut CEO Quantic Dream.

Pengarah Detroit, David Cage juga mengeluarkan rekaan pembalut khas untuk edisi fizikal game bagi Markus, Kara dan Connor. Korang boleh download dan print untuk cover CD korang.

Walaupun nombor jualan keseluruhan Detroit: Become Human tidak dapat menandingi game eksklusif lain seperti God of War dan Spider-Man, nampaknya game single-player atau berteraskan cerita masih laku dijual bagaikan goreng pisang panas di PS4!

RELATED NEWS

+